Tuesday

exam mode titik banyak-banyak

untung lerr student IPTA cuti lame2..baru masuk sem. kami IPTS nk final exam utk sem ni da ni. bye2, korang lambat abes nt..pdn muke..ahaha~ lagi2 nemok mucit i tu..pdn muke dia!! ahaha!!

opsiee~ disini saya menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki mengikut turutan mereka masing-masing yang sejak lahir dulu memang macam itu. siapa yang laen susunan itu maknanya mereka cacat tahu! baiklah, selepas susah payah saya susun jari-jari itu semua, saya ingin meminta maaf kepada semua yang berada dalam hidup saya sejak lahir hingga kini. yang belum wujud dalam hidup saya pun begitu, "sorry in advanced". saya bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun pada semester ini oleh kerana kebetulan sememangnya peperiksaan akhir semester ini jatuh pada hujung tahun ini walaupun bukan pada bulan disember. baiklah, sambungannya, saya minta semua orang dalam hidup saya halalkan segala-galanya yang milik semua orang dalam hidup saya punya yang berada pada saya samada sengaja atau tidak sengaja. saya sayang semua orang dalam hidup saya kerana tanpa semua orang dalam hidup saya, saya bukanlah saya yang sekarang ini. saya juga berharap semua orang dalam hidup saya mendoakan yang terbaik untuk saya didunia dan akhirat. Kepadamu ya Allah, peliharalah semua orang dalam hidup saya terutamanya ibu, ayah dan adik-beradik saya yang tercinta. aminnn~



**macam emo pun ade post ni.. ;p
**mentang2 ckp melayu, bkn main pnjg lg.. ;p
**da lm xpost pape.. ;p
**sy tgh exam mode ni.. ;p
**k bai!! :)

No comments: