Tuesday

kosong

saya ingat saya pernah beritahu awak kalau saya suka memang saya suka, saya akan buat sesuatu yang menunjukkan saya suka dan alhamdulillah lepas tu awak terima je apa yang saya buat kat awak, walaupun awak tak layan saya sama banyak dengan awak layan saya. terima kasih sebab semua itu.

kemudian saya pun pernah beritahu awak, kalau saya dah tak suka, saya memang akan "cold" sungguh. dan saya tahu awak pun tak sabar menanti-nantikan saat itu tiba pada waktu itu. tapi sekarang bila saya dah tak suka kat awak dan tak nak kawan dengan awak, kenapa awak tak faham saya ye? masa awak diam tiba-tiba, saya bagai nak gila cari awak, awak tak terfikir ke masa itu macam mana keadaan saya? takpe lah, bukan salah awak. perangai awak memang macam itu kut, awak pun pernah beritahu. tak boleh la saya nak paksa awak hilang dengan beritahu saya dahulu. kalau saya beritahu awak untuk jangan hubungi saya untuk tempoh tertentu pun awak memang "understanding" sangat dan saya tahu itu yang awak suka sebenarnya. saya faham semua itu sebab saya tahu saya siapa.

tapi sekarang, saya tinggalkan awak dengan memberitahu awak bahawa saya nak meninggalkan awak. dengan sebab dia pun saya beritahu kat awak tanpa tipu awak sikit pun. kenapa awak tak boleh jadi "understanding" macam dahulu kala ye? nak saya ikutkan kehendak awak macam dulu juga? dulu adalah dulu dimana saya sedang "deeply in love" kat awak, dan awak tidak pedulikan semua itu. sekarang adalah sekarang yang saya punya jiwa dah "kosong" terhadap awak, dan awak masih tidak pedulikan semua itu. 

rendahnya maruah saya pada pandangan awak. wallahua'lam...

pesanan untuk awak,
hargai apa yang awak ada, jangan kejar apa yang awak tak ada @ dah hilang...
saya minta maaf atas segala-galanya.
doakanlah saya boleh terima awak sebagai kawan @ doakan saya berubah kepada yang lebih baik..
terima kasih awak.

No comments: